Kami

MZI Sports ditubuhkan pada 1 Februari 2012 dan mula beroperasi mulai 2 Februari 2012. Tempat utama perniagaan pada permulaan perniagaan adalah di Di Bandar Baru Bangi, Selangor dengan menjual dan membekal peralatan sukan memanah, pekhidmatan kursus, kelas dan latihan sukan memanah. Selain itu, MZI Sports juga menjalankan percetakan pakaian, cenderamata dan lain-lain lagi.

Buat permulaan, oleh kerana kekangan masa, pengalaman berniaga dan pekerja, MZI Sports menjalankan perniagaan secara online dengan menerima tempahan dan khidmat nasihat mengenai produk adalah melalui online. Penghantaran adalah melalui pos laju atau serahan tangan. 

Pada Pertengahan tahun 2013, MZI Sports telah membuka kelas memanah yang bertempat di Kompleks Sukan Taman Keramat, Kuala Lumpur. MZI Sports menyediakan pakej-pakej yang bersesuaian kepada beginner untuk bergiat dalam sukan memanah.

Pada 19 Ogos 2013, MZI Sports telah menubuhkan sebuah pasukan Result & Media Team. Pasukan in akan bertugas di kejohanan-kejohanan memanah tempatan yang dilantik oleh pihak penganjur untuk menyediakan perkhidmatan statistik. Dengan berbekalkan pengalaman dan ilmu dalam bidang ini, pasukan ini telah mewujudkan laman keputusan memanah (19 Ogos 2013) (http;//keputusanmemanah.blogspot.com) dan juga laman foto (26 Februari 2014) (http://masarcheryphoto.blogspot.com). Pun begitu, keputusan dan foto yang dimuat naik adalah kejohanan-kejohanan yang mengguna pakai perkhidmatan pasukan ini sahaja.

Pada 28 Februari 2014,  pihak MZI Sports telah mengambil keputusan untuk menjual barangan outdoor bermula dengan produk original dari barangan Deuter dan Coleman. Oleh kerana tidak mahu mencampur adukkan laman memanah dan juga outdoor, laman rasmi telah diselenggarakan pada 5 Mac 2014. Laman utama adalah http://mzisports.blogspot.com, laman memanah dikenali sebagai MZI Archery (http://mziarchery.blogspot.com), laman keputusan dan media dikenali sebagai MZI Result & Media Team (http://keputusanmemanah.blogspot.com) dan laman outdoor dikenali sebagai MZI Outdoor (http://mzioutdoor.blogspot.com).

Pada 18 Mac 2014, Pengurusan MZI telah mengambangkan lagi perniagaan kepada bidang percetakan dengan membeli mesin heat press, printer pigment dan sublimation, dan cutter sebagai permulaan dalam bidang ini. Dengan kerjasama dan tunjuk ajar dari usahawan.com, MZI Apparel & Merchandise bagi memasarkan produk-produk seperti T-Shirt dan cenderamata. Laman khas juga telah di bangunkan bagi mempromosikan produk-produk ini iaitu (http://mziapparel.blogspot.com).

Pada awal Januari 2015, Pengurusan MZI membuat keputusan untk menutup sementara penjualan barangan outdoor disebabkan kekangan kaktingan untuk menguruskan barangan outdoor. Pun begitu, MZI masih menerima tempahan berkaitan dengan barangan outdoor.

Oleh kerana ingin lebih komersial kan nama blog keputusan memanah kepada yang lebih ringkas, MZI telah mengubahkan nama tersebut kepada http://mziresults.blogspot.com menggantikan yang lama dengan rasminya pada 17 Mei 2015. Pada masa yang sama juga, Pengurusan juga telah memuat naik video-video kejohanan dan yang berkaitan dengan sukan memanah yang dirakam dan disunting oleh pihak MZI ke Youtube bagi tujuan mempromosikan sukan memanah di Malaysia dan secar tidak langsung juga kepada syarikat sendiri.

Pada bulan Ogos 2015, MZI telah membuka kelas memanah iaitu pada tanggal 8 Ogos 2015 adalah kelas pertama diadakan. Seramai 4 orang pada peringkat permulaan.

Pages